Sakura Garden Residence @ Parit Raja menawarkan rumah teres setingkat yang moden dan selesa dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, sesuai untuk keluarga yang mengutamakan keselesaan serta lokasi strategik. Hartanah ini berstatus Freehold (Pegangan Bebas) dan didatangkan dengan luas tanah bermula dari 1,540 kaki persegi, memberikan ruang yang cukup untuk gaya hidup masa kini.
Terletak hanya 2km dari UTHM dan KKTM Parit Raja, lokasi ini amat sesuai untuk mereka yang bekerja atau belajar di kawasan tersebut, mahupun pelabur yang mencari potensi sewaan tinggi.
Harga rumah bermula dari RM289,000 hingga RM338,000 dan disertakan dengan yuran guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) secara percuma. Tempahan boleh dibuat dengan hanya RM500, dan proses pinjaman LPPSA atau bank akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pemaju.
Untuk maklumat lanjut atau lawatan tapak, sila hubungi ejen jualan kami:
Ahmad Zikrul – 010-8778078
Chester Properties Sdn Bhd (E(1)1321/1)